DECLARATION

ALL THE CONTENTS OF THIS BLOG HAVE BEEN COLLECTED FROM OTHER SOURCES LIKE YOUTUBE AND OTHER. THIS BLOG COMBINES ALL MY FAVORITE VIDEOS AND LYRICS AND SOME OTHER REVIEW BASED ON VIDEOS I LINKED FROM OTHER WEBSITES. ALL THE VIDEOS WERE NOT UPLOADED BY MYSELF. SUPPORT OUR INDUSTRY BY BUYING AN ORIGINAL VCD/ CD TQ

FOLLOW KaMi

| FORUM | | GEMPAKZ | | LIRIK | | KARAOKE | | DR.EMAS | | OSH |

++Do LIKE @ SHARE ARTICLE++

Sunday, July 13, 2014

Tip menyanyi dengan lebih baik


Menyanyi ni memanglah satu seni yang halus, indah dan sangat menyenangkan...yang menyanyi dan yang mendengar. Menjerit memang tak sama dengan menyanyi. Macam bumi dengan langit lah kot. Menyanyi ni macam yang Naru sebut perlu bakat. Itu tak boleh nak nafilah. Sebab menyanyi ni anugerah Tuhan sebenarnya. Bakat yang digilap, harus jadikan orang tu penyanyi yang baik. Nak gilap pun perlu kepada Ilmu vokal yang betul, dan kalau boleh tambahlah sikit2 dengan teori musik. Insya Allah jadi yang terbaiklah. 

Kita selalu rujuk suara ni dalam banyak kategori. Malah suara orang perempuan dan orang lelaki pun beza, sebab vocal range masing2 berlainan. Dari vocal range ni kita boleh bahagi2 kan jenis2 suara kita. Kalau perempuan ada suara tinggi kita boleh panggil "Soprano" lah. Kalau Lelaki suara "tenor" dll. lah. Ramai orang pun dah maklum tentang hal2 ni semua. Ada orang perempuan, suaranya tak begitu tinggi tapi merdu. Suara begini mungkin kita boleh kategori sebagai "tone dominant voice". Begitu jugak lah suara orang lelaki, ramai penyanyi yang tak pentingkan sangat suara yang tinggi tapi kemerduan dan suara yang "natural". Kita boleh dengar suara orang dulu2 nyanyi, kebanyakan tak tinggi note nya tapi sedap didengar. Mereka amat mementingkan "tone", "vibrato" dan lain2 lah yang buat telinga kita suka mendengarnya. Kalau orang lelaki, kita dengar suara P Ramlee, Broery, dll. , tak tinggi pun tapi cukup "natural" dan "tone" nya begitu bagus. 

Kalau soalannya "macamana nak jerit dan nyanyi", rasanya kena bezakan antara menyanyi dan menjerit tu. Menyanyi pulak kena tengok, lagu apa yang nak dinyanyikan. Lagu pop ke, lagu rock ke, lagu clasical ke, lagu apa ke, semua tu menentukan jenis suara yang bakal kita jugakan untuk menyanyi. Biasanya, kalau kita betul2 nak menyanyi, boleh masuk kelas vokal. Di situ kita akan diajarkan tentang seni suara & mungkin cikgu tu akan ajar juga teori musik. Bukan apa, seni suara adalah satu cabang paling penting dalam seni musik. Kalau tak nak masuk kelas pun tak apa. tapi sikit2 kena tau jugak apa yang perlu dilakukan. Menyanyi karaoke salah satu latihan yang baik dan kalau kita rakamkan lagu yang kita nyanyi (perakam pun kena elok jugak) kita boleh baiki banyak tentang suara kita sendiri. 

Antara tips atau petua untuk menyanyi ni beginilah kot; 

 1. Jangan ikut suara orang. "Trim" suara kita sendiri. Kita semua dilahirkan dengan kotak suara yang unik. Tak ada dua orang yang punya suara yang sama. Akan2, amat mirip mungkin, tapi sama tidak mungkin pada adatnya. 

 2. Dapatkan "banjaran suara" kita. Kalau kita tengok pada kebanyakan mesen karaoke misalnya, ada fungsi "key-up" & "key-down". Dengan menggunakan fungsi tu, kita akan dapat mencari "natural key" suara kita. Bila kita dah dapat suara kita yang "natural" tu, kita cari pula "octave" suara kita dalam "key" tersebut. Senang buat gini, semua orang tau bunyi "do re mi fa so la ti do". Secara "natural", kita bunyikan macam biasa, dan kemudian cuba tinggi kan sikit sampai kita tak boleh capai "do" yang terakhir. Biasanya kita akan dapat dalam 2 atau mungkin 3 "octave" saja. Ada orang, dia cari key suaranya dengan piano atau gitar. Itu pun boleh juga. Latih suara tersebut setiap hari hingga kita rasa selesa. 

 3. Kalau kita menyanyi dengan karaoke, tak perlu terikut2 dengan "natural" key lagu tersebut. Jangan terlalu nak kejar "suara tinggi". Itu nanti akan merosakkan kotak suara kita dalam jangka masa panjang. Kita sesuaikan sama ada "sharp" atau "flat" ikut suara kita. Kemudian cuba nyanyi dengan cara kita sendiri. Bila kita sudah selesa, cuba tinggikan sedikit "key" lagu tersebut dan nyanyi. Kalau kita latih suara kita betul2, suara kita akan naik mungkin 2 atau 3 key lebih tinggi dari "natural" key kita. Tapi semua ni akan memakan masa kurang2 pun 5 ke 7 tahun. Kerana suara bukan mesen. Kita kena latih dan mantapkan bukan setakat "menjerit" atau asal jadi sahaja. 

 4. Sebelum menyanyi, "warm-up" dulu. Boleh rujuk dalam banyak site internet macamana nak buat. Kalau kita betul2 nak menyanyi, dan kita ada hajat nak dapatkan suara macam Michael Kiske misalnya, warm-up sangat penting untuk menjaga kesihatan kotak suara. 

 5. Jangan paksa suara kita jika kotak suara belum bersedia. nanti mudarat. 

 6. Buat latihan pernafasan begini selalu: tarik nafas dengan perut (tolak diafram keluar bukan kedalam) dalam2, tahan dalam 10 saat, lepaskan perlahan2 (sanat perlahan), dan jangan bernafas untuk 10 saat lagi. Ulang beberapa kali. Insya Allah nafas tuan2 akan "balance" bila menyanyi. 

 7. Jangan makan makanan yang boleh merosakkan vokal; Ais (paling penting dielak) dll lah. Kalau dapat, jangan hisap rokok, selalu senaman. 

 8. sebelum menyanyi, makan sup daging ke, dan cari lada sikiiit (tok sah sebiji lak!) dan kunyah, telan. Ada orang dia suka amalkan minum air asam jawa. Memang bagus benda ni untuk suara. Satu lagi, bila bangun tidur, cuba masukkan air dalam hidung sampai ke dalam. tahan sekejap, dan keluarkan. Insya Allah amalan ni akan beri "tone" yang mantap pada suara tuan. Berenang satu lagi amalan yang baik untuk seni suara. Air suam jadikan amalan jugak. 

 9. Cuba dapatkan satu alat yang nama dia "metronome". Ada jual kat kedai2 musik lah kot. Benda ni kerja dia mengajar kita mengawal "beat" atau "detik" dalam kita menyanyi atau main apa2 pun alat musik lah. Benda ni akan latih kita mengawal suara, sama dengan musik yang dimainkan. Kalau tidak, kita rasa kita menyanyi ok tapi sebenarnya terlebih laju, atau terkurang laju dll lah. mula2 memang macam kelakar guna benda ni, tapi adatlah, kita belajar. 

 10. Jangan minum atau makan makanan sejuk selepas menyanyi. Nanti kotak suara "terkejut". Banyak buruknnya untuk jangka masa panjang. 

 11. Jangan menyanyi selepas bangun tidur. Kotak suara belum bersedia untuk itu. dll lah. paling penting, kena sabar kerana suara itu suatu yang amat unik. Latih hari2, jangan paksa kotak suara, insya Allah, ada hasilnya... Wallahua'lam.

>> Shared by Sikomeng