| FORUM | | GEMPAKZ | | LIRIK | | KARAOKE | | PROMOSI | | MyGK | | OSH |

DECLARATION~

ALL THE CONTENTS OF THIS BLOG HAVE BEEN COLLECTED FROM OTHER SOURCES LIKE YOUTUBE AND OTHER. THIS BLOG COMBINES ALL MY FAVORITE MINUSONE, KARAOKE AND LYRIC AND SOME OTHER REVIEW BASED ON VIDEO I LINKED FROM OTHER WEBSITES. THE MATERIALS WERE NOT UPLOADED BY MYSELF. I DO NOT OWN ANY OF IT. SUPPORT OUR INDUSTRY BY BUYING AN ORIGINAL VCD/ CD TQ Terima Kasih ~

+++++ CLICK LIKE BUTTON @ SHARE LYRIC/MINUSONE~ +++++

Sunday, December 4, 2011

Datuk Siti Nurhaliza - Anugerah Aidilfitri ( Minus One Karaoke)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua..

Salah satu lagu raya terbaru daripada Datuk Siti Nurhaliza ialah Anugerah Aidilfitri. Tak la baru sangat tapi lebih baru dibandingkan sesuci lebaran dan Nazam Lebaran. lagu ini tidak kurang hebatnya. Sedap sangat maklumlah lontaran Vokal Datuk Siti tak perlu nak dipersoalkan.

Disini disertakan Lirik serta minus one karaoke lagu Agerah Aidilfitri khas buat anda semua:

V V V V V V V V

Datuk Siti Nurhaliza - Sesuci Lebaran (Minus One Karaoke)

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..

Kalau tiba hari Raya Aidilfitri, kita memang tidak lari daripada dendangan lagu-lagu raya yang begitu sinonim dengan masyarakat kita. Ada lagu-lagu lama yang sudah evergreen yang mana kita rasa tak sah kalau tak mendengarnya. Dengar sahaja lagu raya teringat kampung dan kemeriahan hari raya akan lebih terasa.

V V V V V V V V

Saturday, December 3, 2011

Tip Nyanyian: Menjaga Kesihatan Suara

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua pembaca.

Baiklah, hari ini Mr.PiNGu nak kongsi sedikit tips yang perlu diamalkan oleh mereka yang suka menyanyi dan membuat persembahan nyanyian. Adalah sangat penting untuk anda memastikan bahawa kualiti suara anda tidak terjejas dalam apa jua keadaan sekalipun. Bayangkan untuk artis ternama yang ingin mengadakan konsert. Adakah mereka boleh sesuka hati membatalkan konsert yang mana tiketnya telah abes terjual gara-gara kerana sakit tekak tak boleh menyanyi? Tentunya tidak kan. Konsert mesti tetap berjalan. Peminat tidak mahu kira itu semua yang penting mereka dapat lihat persembahan artis kesayangan mereka.



Disini saya kongsikan sedikit tip yang mungkin membantu anda menjadi penyanyi yang lebih baik.

1) Minum air masak dengan banyak dan hindari kafein serta alkohol
* Pita suara bergetar dengan kecepatan yang tinggi maka ia perlukan banyak air untuk kekal basah. Jka kurang minum air maka pita suara akan cepat kering dan menyebabkan tekak anda terasa kering dan pedih. Pengambilan makanan berair atau buah buahan yang banyak air juga boleh membantu. Hindari Alkohol dan kefein kerana boleh menjejaskan kesihatan suara.

2) Rehatkan Peti Suara Anda Seketika
* Bagi mereka yang banyak cakap bak buntut ayam (buntut ayam boleh bercakap ke? just kidding), Jika anda anda suka bercakap banyak, pastikan anda ambil masa untuk berhenti bercakap pada sela waktu tertentu. Contohnya, seorang guru yang mengajar perlu mengambil beberapa minit untuk merehatkan suara mereka. Jangan bercakap-cakap ketika mengambil masa rehat yang sebentar itu.

3) Jangan Merokok!
* Merokok akan meningkatkan risiko kanser pada organ pernafasan. Perokok tidak pasif juga memiliki risiko yang sama. Menyedut asap rokok hanya akan menyebabkan gangguan pada peti suara anda.

4) Jangan salah guna suara anda
* Apakah yang dimaksudkan salah guna suara? Jangan selalu terjerit-jerit, berteriak, bercakap terlalu kuat dalam suasana yang bising dan selalu batuk-batuk tanpa perlu atau kerap berdehem.. Jika suara kamu mula menjadi serak bererti pita suara mula mengalami kerosakan dan perlu ambil masa untuk pulih.

5) Sila pastikan Otot-otot leher dan kerongkong rileks
* Otot-otot leher dan kerongkong akan menjadi tegang secara semula jadi jika anda menarik nada terlalu tinggi. Justeru, sesetengah artis propesional akan mendongak keatas semasa menarik nada tinggi untuk mengurangkan tegangan otot tersebut. Apabila menyanyikan nada terlalu rendah juga berlaku kesan yang sama tetapi penyanyi perlu menunduk kebawah untuk mengurangkan tegangan otot tersebut. 
* tegangan otot leher yang terlalu lama boleh menyebabkan penurunan dari segi jangkauan nada yang sepatutnya boleh dicapai oleh anda.

6) Berhati-hti semasa bercakap.
* Mungkin ramai yang tidak menyedari apabila mereka bercakap dengan cara yang tidak betul, peti suara mereka akan terganggu dan mengalami kerosakan. Maka apabila berbicara perlu untuk selalu tenang ketika melontarkan suara jangan terlalu menekan otot-otot anda. 

7) Hindari batuk terlalu kerap
* Batut yang kerap memang tidak baik untuk peti suara anda. namun begitu kita seringkali tidak mampu menghindari rasa gatal yang menyerang tekak kita. Untuk mengurangkan rasa gatal pada kerongkong maka selalulah minum air masak supaya tekak sentiasa basah.

8) Sila kurangkan bercakap ketika sakit.
* Ketika sakit biasanya anda akan mengalami gangguan termasuk pada nada suara. Kadangkala suara anda menjadi terlalu serak. dalam keadaan ini, hindarilah bercakap banyak kerana ia akan merosakkan lagi pita suara anda.

9) Gunakan microphone jika bercakap dalam ruang besar
* Bagi mereka yang ditugaskan untuk memberi ucapan, arahan atau sebagainya kepada satu kelompok manusia yang ramai, anda biasanya akan pastikan segala yang anda bicarakan akan didengari. Maka untuk mengelakkan anda terjerit-jerit dan bercakap melebihi tahap yang sepatutnya, silalah gunakan pembesar suara.

Sekian sahaja tips daripada saya~

V V V V V V V V

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Search