DECLARATION

ALL THE CONTENTS OF THIS BLOG HAVE BEEN COLLECTED FROM OTHER SOURCES LIKE YOUTUBE AND OTHER. THIS BLOG COMBINES ALL MY FAVORITE VIDEOS AND LYRICS AND SOME OTHER REVIEW BASED ON VIDEOS I LINKED FROM OTHER WEBSITES. ALL THE VIDEOS WERE NOT UPLOADED BY MYSELF. SUPPORT OUR INDUSTRY BY BUYING AN ORIGINAL VCD/ CD TQ

FOLLOW KaMi

| FORUM | | GEMPAKZ | | LIRIK | | KARAOKE | | DR.EMAS | | OSH |

++Do LIKE @ SHARE ARTICLE++

Wednesday, November 2, 2022

Cara Nyanyian Dengan Merdu


Ramai orang suka menyanyi dan berkaraoke. Akan tetapi, ramai juga yang tidak mampu menyanyi dengan baik dan menyakitkan telingan yang mendengarnya. Justeru, apakah cara atau tip untuk memerdukan suara atau menyanyi dengan lebih sedap? Berikut adalah cara yang boleh saya kongsikan:


Tips-tips tersebut adalah:

1.Suara yang sehat:

Perlu sentiasa menjaga kesihatan dan makan agar suara kita tidak sakit. Pilih makanan yang tidak menghasilkan lendir pada saluran suara kita. Suara yang serak menunjukkan suara kita tidak sihat (melainkan anda asli penyanyi rock atau bersuara rock)


2.Tidak memaksa:

Jangan memaksa semasa menyanyi. Kena fahami range suara masing-masing dan jangan melampaui batas kemampuan masing-masing. Jika nada terlalu tinggi bagi anda, yang mendengar juga akan merasa siksanya nyanyian anda.


3.Enjoy saat nyanyi:

Jangan terlalu serabut ketika menyanyi. Contohnya, tidak terlalu memikir tentang terlupa lirik, tak sampai, dan apa jua yang mengganggu fikiran. Hanya nyanyi dengan enjoy sahaja. Dan menyampaikan cerita lagu.


4.Manjaga nafas:

Nyanyi dengan pernafasan yang betul. Jika nafas tidak panjang kena pandai untuk mencuri nafas di tempat-tempat yang lebih baik. Nafas perlu konsisten sepanjang nyanyian.


5.Skill vokal:

Perlu latihan vokal berterusan untuk menyanyi dengan lebih mudah dan santai. Anda perlu tahu tempo dan pitch yang betul semasa menyanyi. Telinga juga perlu mendengar dengan baik untuk menyanyi dengan key yang betul.


6.Pengucapan

Artikulasi semasa menyanyi perlu jelas. Apa yang disebut perlu difahami oleh pendengar.


7.Rakam dan berevolusi

Perlu sentiasa rakam suara anda dan mendengar dengan teliti. Mana yang bagus dikekalkan dan mana yang tidak baik diperbaiki.


Tuesday, July 11, 2017

Karaoke: Tergantung Sepi - Haqiem Rusli

Haqiem Rusli ni seorang artis muda yang berbakat besar. walaupun gagal menempa tempat dalam konsert Mentor Milenia, namun kecekalan beliau dan usaha gigih membuahkan hasil di mana lagu-lagu single beliau meletop di semua corong radio. Beliau juga diakui memiliki bakat luar biasa oleh sebahagian besar peminat muzik tempatan. 





Lirik: Tergantung Sepi

Cukup di sini perjalanan kita
menghukum diri mendera hati ini
Terhimpit dengan suasana

 Berat rasanya sukar diluahkan
Benafas ragu menghempus pilu
Perasaan ini tergantung sepi

 Dibiarkan begitu saja
Terikat namun tak bertali
Mencuba menyimpulkan mati
Namun terputus jua

 Berat rasanya sukar diluahkan
Benafas ragu menghempus pilu
Perasaan ini tergantung sepi

 Dibiarkan begitu saja
Terikat namun tak bertali
Mencuba menyimpulkan mati
Namun terputus jua

 Disiksa hati yang menagih
Harapan kasih yang menjauh
Terpisah dalam kekalutan
Jiwa yang digantung sepi

 Mencuba, mencuba menyimpulkan mati
Jiwa yang tergantung sepi

 Dibiarkan begitu saja
Terikat namun tak bertali
Mencuba menyimpulkan mati
Namun terputus jua

 Disiksa hati yang menagih
Harapan kasih yang menjauh
Terpisah dalam kekalutan
Jiwa yang digantung sepi

 Mencuba, mencuba menyimpulkan mati
Jiwa yang tergantung sepi

Friday, December 5, 2014

Link Minus one yang Rosak

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Ketika mencuba beberapa link minus one karaoke di blog ini, saya dapati bahawa ada link-link yang sudah rosak ataupun minus one yang di kongsikan sudah hilang dari file simpanan. Jika anda dapati minusone yang anda inginkan tidak dapat diakses, sila berikan tajuk lagu tersebut di ruangan Komen ini. 

Kerjasama anda amat-amat saya hargai.

Terima kasih

Sunday, July 13, 2014

Tip menyanyi dengan lebih baik


Menyanyi ni memanglah satu seni yang halus, indah dan sangat menyenangkan...yang menyanyi dan yang mendengar. Menjerit memang tak sama dengan menyanyi. Macam bumi dengan langit lah kot. Menyanyi ni macam yang Naru sebut perlu bakat. Itu tak boleh nak nafilah. Sebab menyanyi ni anugerah Tuhan sebenarnya. Bakat yang digilap, harus jadikan orang tu penyanyi yang baik. Nak gilap pun perlu kepada Ilmu vokal yang betul, dan kalau boleh tambahlah sikit2 dengan teori musik. Insya Allah jadi yang terbaiklah. 

Kita selalu rujuk suara ni dalam banyak kategori. Malah suara orang perempuan dan orang lelaki pun beza, sebab vocal range masing2 berlainan. Dari vocal range ni kita boleh bahagi2 kan jenis2 suara kita. Kalau perempuan ada suara tinggi kita boleh panggil "Soprano" lah. Kalau Lelaki suara "tenor" dll. lah. Ramai orang pun dah maklum tentang hal2 ni semua. Ada orang perempuan, suaranya tak begitu tinggi tapi merdu. Suara begini mungkin kita boleh kategori sebagai "tone dominant voice". Begitu jugak lah suara orang lelaki, ramai penyanyi yang tak pentingkan sangat suara yang tinggi tapi kemerduan dan suara yang "natural". Kita boleh dengar suara orang dulu2 nyanyi, kebanyakan tak tinggi note nya tapi sedap didengar. Mereka amat mementingkan "tone", "vibrato" dan lain2 lah yang buat telinga kita suka mendengarnya. Kalau orang lelaki, kita dengar suara P Ramlee, Broery, dll. , tak tinggi pun tapi cukup "natural" dan "tone" nya begitu bagus. 

Kalau soalannya "macamana nak jerit dan nyanyi", rasanya kena bezakan antara menyanyi dan menjerit tu. Menyanyi pulak kena tengok, lagu apa yang nak dinyanyikan. Lagu pop ke, lagu rock ke, lagu clasical ke, lagu apa ke, semua tu menentukan jenis suara yang bakal kita jugakan untuk menyanyi. Biasanya, kalau kita betul2 nak menyanyi, boleh masuk kelas vokal. Di situ kita akan diajarkan tentang seni suara & mungkin cikgu tu akan ajar juga teori musik. Bukan apa, seni suara adalah satu cabang paling penting dalam seni musik. Kalau tak nak masuk kelas pun tak apa. tapi sikit2 kena tau jugak apa yang perlu dilakukan. Menyanyi karaoke salah satu latihan yang baik dan kalau kita rakamkan lagu yang kita nyanyi (perakam pun kena elok jugak) kita boleh baiki banyak tentang suara kita sendiri. 

Antara tips atau petua untuk menyanyi ni beginilah kot; 

 1. Jangan ikut suara orang. "Trim" suara kita sendiri. Kita semua dilahirkan dengan kotak suara yang unik. Tak ada dua orang yang punya suara yang sama. Akan2, amat mirip mungkin, tapi sama tidak mungkin pada adatnya. 

 2. Dapatkan "banjaran suara" kita. Kalau kita tengok pada kebanyakan mesen karaoke misalnya, ada fungsi "key-up" & "key-down". Dengan menggunakan fungsi tu, kita akan dapat mencari "natural key" suara kita. Bila kita dah dapat suara kita yang "natural" tu, kita cari pula "octave" suara kita dalam "key" tersebut. Senang buat gini, semua orang tau bunyi "do re mi fa so la ti do". Secara "natural", kita bunyikan macam biasa, dan kemudian cuba tinggi kan sikit sampai kita tak boleh capai "do" yang terakhir. Biasanya kita akan dapat dalam 2 atau mungkin 3 "octave" saja. Ada orang, dia cari key suaranya dengan piano atau gitar. Itu pun boleh juga. Latih suara tersebut setiap hari hingga kita rasa selesa. 

 3. Kalau kita menyanyi dengan karaoke, tak perlu terikut2 dengan "natural" key lagu tersebut. Jangan terlalu nak kejar "suara tinggi". Itu nanti akan merosakkan kotak suara kita dalam jangka masa panjang. Kita sesuaikan sama ada "sharp" atau "flat" ikut suara kita. Kemudian cuba nyanyi dengan cara kita sendiri. Bila kita sudah selesa, cuba tinggikan sedikit "key" lagu tersebut dan nyanyi. Kalau kita latih suara kita betul2, suara kita akan naik mungkin 2 atau 3 key lebih tinggi dari "natural" key kita. Tapi semua ni akan memakan masa kurang2 pun 5 ke 7 tahun. Kerana suara bukan mesen. Kita kena latih dan mantapkan bukan setakat "menjerit" atau asal jadi sahaja. 

 4. Sebelum menyanyi, "warm-up" dulu. Boleh rujuk dalam banyak site internet macamana nak buat. Kalau kita betul2 nak menyanyi, dan kita ada hajat nak dapatkan suara macam Michael Kiske misalnya, warm-up sangat penting untuk menjaga kesihatan kotak suara. 

 5. Jangan paksa suara kita jika kotak suara belum bersedia. nanti mudarat. 

 6. Buat latihan pernafasan begini selalu: tarik nafas dengan perut (tolak diafram keluar bukan kedalam) dalam2, tahan dalam 10 saat, lepaskan perlahan2 (sanat perlahan), dan jangan bernafas untuk 10 saat lagi. Ulang beberapa kali. Insya Allah nafas tuan2 akan "balance" bila menyanyi. 

 7. Jangan makan makanan yang boleh merosakkan vokal; Ais (paling penting dielak) dll lah. Kalau dapat, jangan hisap rokok, selalu senaman. 

 8. sebelum menyanyi, makan sup daging ke, dan cari lada sikiiit (tok sah sebiji lak!) dan kunyah, telan. Ada orang dia suka amalkan minum air asam jawa. Memang bagus benda ni untuk suara. Satu lagi, bila bangun tidur, cuba masukkan air dalam hidung sampai ke dalam. tahan sekejap, dan keluarkan. Insya Allah amalan ni akan beri "tone" yang mantap pada suara tuan. Berenang satu lagi amalan yang baik untuk seni suara. Air suam jadikan amalan jugak. 

 9. Cuba dapatkan satu alat yang nama dia "metronome". Ada jual kat kedai2 musik lah kot. Benda ni kerja dia mengajar kita mengawal "beat" atau "detik" dalam kita menyanyi atau main apa2 pun alat musik lah. Benda ni akan latih kita mengawal suara, sama dengan musik yang dimainkan. Kalau tidak, kita rasa kita menyanyi ok tapi sebenarnya terlebih laju, atau terkurang laju dll lah. mula2 memang macam kelakar guna benda ni, tapi adatlah, kita belajar. 

 10. Jangan minum atau makan makanan sejuk selepas menyanyi. Nanti kotak suara "terkejut". Banyak buruknnya untuk jangka masa panjang. 

 11. Jangan menyanyi selepas bangun tidur. Kotak suara belum bersedia untuk itu. dll lah. paling penting, kena sabar kerana suara itu suatu yang amat unik. Latih hari2, jangan paksa kotak suara, insya Allah, ada hasilnya... Wallahua'lam.

>> Shared by Sikomeng

Saturday, January 5, 2013

Emotion - Mariah Carey ( Minus One Karaoke No Vocal)





Emotion - Mariah Carey (Lyric)

[Chorus:]
You've got me feeling emotions
Deeper than I've ever dreamed of
You've got me feeling emotions
Higher than the heavens above

I feel good.. I feel nice

I've never felt so.. Satisfied
I'm in love.. I'm alive
Intoxicated.. Flying high
It feels like a dream
When you touch me tenderly
I don't know if it's real
But I like the way I feel
Inside

[Chorus]

In the morning.. When I rise

You are the first thing
On my mind
And in the middle
Of the night
I feel your heartbeat
Next to mine
If feels like a dream
When you love me tenderly
I don't know if you're for real
But I like the way I feel
Inside

[Chorus]

You know the way to make me lose control

When you're looking into my eyes
You make me feel so.. High

[Chorus]

Azlan & Typewriter - Idola (Minus One Karaoke Tanpa Vokal)

Hi! Bertemu kembali. Dah lama tak Update Blog saya. So.. Buah tangan terbaru daripada saya ialah Minus One Karaoke confirm takde Vokal penyanyi asal yang korang boleh guna untuk pertandingan nyanyian atau karaoke suka-suka. Terimalah.. Idola nyanyian Azlan dan kumpulannya Typewriter. Lagu yang so cool ini dah pun berjaya menempah tiket di Anugerah Juara Lagu yang ke-27. Layan! Download link diberi dibawah and lirik disertakan sekali ~



Lirik: Idola (Azlan & Typewriter)

Pupus Kini Lunak Suara
Lenyap Sempurna, Tiada Terkata

Namun Masih Ada Di Dunia
Pengorbananya, Perjuangannya

Ku Nyanyikan Lagu Yang Kau Laung Dulu
Untuk Sembuhkan Duka Lara Ku
Walaupun Tidak Bersua
Bagi Ku Engkau Lagenda
Damailah Di Sana Bebas Di Angkasa
Lahirkanlah Jiwa Abadikan Cinta
Moga Bercahaya Di Atas Kurnia
Sentiasa Bersama Dengannya

Luput Kini Tutur Bahasa
Hilai Tawanya, Senyum Manisnya, Hei..

Namun Masih Ada Di Dunia
Pengorbananya, Perjuangannya

Ku Nyanyikan Lagu Yang Kau Laung Dulu
Untuk Sembuhkan Duka Lara Ku
Walaupun Tidak Bersua
Bagi Ku Engkau Lagenda

Damailah Di Sana Bebas Di Angkasa
Lahirkanlah Jiwa Abadikan Cinta
Moga Bercahaya Di Atas Kurnia
Sentiasa Bersama, Ooo…
Berpandukan Teori Hidup Mu Yang Lalu
Ku Sambung Perjalanan Jauh
Yang Harus Ditempuh Durinya
Hilang Tiada Tumbuh Ganti Larut
Meninggalkan Rasa Pilu Sedih Sebak Hiba
Kerana Engkau Idola, Wooo…..
Lahirkanlah Jiwa Abadikan Cinta
Moga Bercahaya Di Atas Kurnia
Sentiasa Bersama Dengan Nya

Damailah Di Sana Hei…
Bebas Di Angkasa
Lahirkanlah Jiwa Abadikan Cinta
Moga Bercahaya Di Atas Kurnia
Sentiasa Bersama Dengan Nya, Oooo…

Namun Masih Ada Di Dunia
Pengorbananya, Perjuangannya

Komposer: Audi Mok
Lirik: Azlan



Saturday, July 21, 2012

Lelaki ini - Anuar Zain (Minus One Karaoke tanpa Vokal)




Lelaki ini - by Anuar Zain merupakan sebuah lagu yang bagi saya cukup indah sekali. Suatu ketika dahulu lagu ini menimbulkan kontrobesi dek kerana ramai salah faham tentang tajuk lagu dan lirik lagu ini. Lelaki ini bukan bermaksud seorang lelaki yang mencintai beliau (anuar zain) tetapi lebih merujuk kepada diri penyanyi tersebut (Anuar Zain) mencintai seseorang. hehe.. Tapi seperti yang kita sedia maklum Anuar Zain masih bujang dan single dan katanya belum bercinta (Tapi.. Opss.. hehe)

Bagi yang nak cuba menyanyi atau merakamkan lagu Lelaki ini yang bagi saya ada cabarannya tersendiri, bolehlah dapatkan minusone  tersebut di link diberian.. sekian


Lirik: Lelaki ini

Kasih, kenanganku
Ingatkah saat saat dulu
Kasih, apakah dirimu
Merasakan semua itu

Ke mana pun langkahku pergi
Ku masih melihat bayanganmu cintaku
Dan kemana pun arah anginku berlari
Hati ini masih kau miliki

Lelaki ini yang selalu mencintamu
Selalu, tanpa ragu
Lelaki ini yang selalu memuja
Hanya dirimu
Yang bertakhta dalam sanubariku
Sanubari ku
Aku yang mencintakan mu
Hanya dirimu…

Karena cintaku, tak berbatas waktu
Karena cintaku, tak mengenal jenuh hatimu
Hatimu…

Friday, January 13, 2012

Minus One Karaoke Ombak Rindu - Hafiz Af Adira


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera!~ ;)

Filem Ombak Rindu memang popular. Sana sini orang bercerita tentang ombak rindu. Saya tak sempat nak menonton lagi sebab saya pun jarang tengok wayang. Kalau ditayangkan lagi saya akan cuba menyempatkan diri.



So, pada kali ini nak kongsi lagu tema filem ini yang diberi judul "Ombak Rindu" nyanyian Hafiz AF. Ada juga versi duet Hafiz dan Adira namun saya lebih menggemari versi solo Hafiz.

Sekarang dah ramai yang cuba buat cover version lagu ni. Kalu anda nak try, boleh dapatkan minus one lagu ombak rindu pada link yang diberikan. Sekian

Sunday, December 4, 2011

Datuk Siti Nurhaliza - Anugerah Aidilfitri ( Minus One Karaoke)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua..

Salah satu lagu raya terbaru daripada Datuk Siti Nurhaliza ialah Anugerah Aidilfitri. Tak la baru sangat tapi lebih baru dibandingkan sesuci lebaran dan Nazam Lebaran. lagu ini tidak kurang hebatnya. Sedap sangat maklumlah lontaran Vokal Datuk Siti tak perlu nak dipersoalkan.

Disini disertakan Lirik serta minus one karaoke lagu Agerah Aidilfitri khas buat anda semua:

Datuk Siti Nurhaliza - Sesuci Lebaran (Minus One Karaoke)

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..

Kalau tiba hari Raya Aidilfitri, kita memang tidak lari daripada dendangan lagu-lagu raya yang begitu sinonim dengan masyarakat kita. Ada lagu-lagu lama yang sudah evergreen yang mana kita rasa tak sah kalau tak mendengarnya. Dengar sahaja lagu raya teringat kampung dan kemeriahan hari raya akan lebih terasa.

Saturday, December 3, 2011

Tip Nyanyian: Menjaga Kesihatan Suara

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua pembaca.

Baiklah, hari ini Mr.PiNGu nak kongsi sedikit tips yang perlu diamalkan oleh mereka yang suka menyanyi dan membuat persembahan nyanyian. Adalah sangat penting untuk anda memastikan bahawa kualiti suara anda tidak terjejas dalam apa jua keadaan sekalipun. Bayangkan untuk artis ternama yang ingin mengadakan konsert. Adakah mereka boleh sesuka hati membatalkan konsert yang mana tiketnya telah abes terjual gara-gara kerana sakit tekak tak boleh menyanyi? Tentunya tidak kan. Konsert mesti tetap berjalan. Peminat tidak mahu kira itu semua yang penting mereka dapat lihat persembahan artis kesayangan mereka.



Disini saya kongsikan sedikit tip yang mungkin membantu anda menjadi penyanyi yang lebih baik.

1) Minum air masak dengan banyak dan hindari kafein serta alkohol
* Pita suara bergetar dengan kecepatan yang tinggi maka ia perlukan banyak air untuk kekal basah. Jka kurang minum air maka pita suara akan cepat kering dan menyebabkan tekak anda terasa kering dan pedih. Pengambilan makanan berair atau buah buahan yang banyak air juga boleh membantu. Hindari Alkohol dan kefein kerana boleh menjejaskan kesihatan suara.

2) Rehatkan Peti Suara Anda Seketika
* Bagi mereka yang banyak cakap bak buntut ayam (buntut ayam boleh bercakap ke? just kidding), Jika anda anda suka bercakap banyak, pastikan anda ambil masa untuk berhenti bercakap pada sela waktu tertentu. Contohnya, seorang guru yang mengajar perlu mengambil beberapa minit untuk merehatkan suara mereka. Jangan bercakap-cakap ketika mengambil masa rehat yang sebentar itu.

3) Jangan Merokok!
* Merokok akan meningkatkan risiko kanser pada organ pernafasan. Perokok tidak pasif juga memiliki risiko yang sama. Menyedut asap rokok hanya akan menyebabkan gangguan pada peti suara anda.

4) Jangan salah guna suara anda
* Apakah yang dimaksudkan salah guna suara? Jangan selalu terjerit-jerit, berteriak, bercakap terlalu kuat dalam suasana yang bising dan selalu batuk-batuk tanpa perlu atau kerap berdehem.. Jika suara kamu mula menjadi serak bererti pita suara mula mengalami kerosakan dan perlu ambil masa untuk pulih.

5) Sila pastikan Otot-otot leher dan kerongkong rileks
* Otot-otot leher dan kerongkong akan menjadi tegang secara semula jadi jika anda menarik nada terlalu tinggi. Justeru, sesetengah artis propesional akan mendongak keatas semasa menarik nada tinggi untuk mengurangkan tegangan otot tersebut. Apabila menyanyikan nada terlalu rendah juga berlaku kesan yang sama tetapi penyanyi perlu menunduk kebawah untuk mengurangkan tegangan otot tersebut. 
* tegangan otot leher yang terlalu lama boleh menyebabkan penurunan dari segi jangkauan nada yang sepatutnya boleh dicapai oleh anda.

6) Berhati-hti semasa bercakap.
* Mungkin ramai yang tidak menyedari apabila mereka bercakap dengan cara yang tidak betul, peti suara mereka akan terganggu dan mengalami kerosakan. Maka apabila berbicara perlu untuk selalu tenang ketika melontarkan suara jangan terlalu menekan otot-otot anda. 

7) Hindari batuk terlalu kerap
* Batut yang kerap memang tidak baik untuk peti suara anda. namun begitu kita seringkali tidak mampu menghindari rasa gatal yang menyerang tekak kita. Untuk mengurangkan rasa gatal pada kerongkong maka selalulah minum air masak supaya tekak sentiasa basah.

8) Sila kurangkan bercakap ketika sakit.
* Ketika sakit biasanya anda akan mengalami gangguan termasuk pada nada suara. Kadangkala suara anda menjadi terlalu serak. dalam keadaan ini, hindarilah bercakap banyak kerana ia akan merosakkan lagi pita suara anda.

9) Gunakan microphone jika bercakap dalam ruang besar
* Bagi mereka yang ditugaskan untuk memberi ucapan, arahan atau sebagainya kepada satu kelompok manusia yang ramai, anda biasanya akan pastikan segala yang anda bicarakan akan didengari. Maka untuk mengelakkan anda terjerit-jerit dan bercakap melebihi tahap yang sepatutnya, silalah gunakan pembesar suara.

Sekian sahaja tips daripada saya~

Tuesday, July 6, 2010

Mariah Carey - Hero ( Minus One Karoke )

Hi All~

Now lets talk about one of the greatest living Divas of all time. She is known as Mariah Carey which has a great vocal ability that our world currently have. Her vocal range is absolutely amazing. She can hit as low as octave two and can get high up to octave seven. 

Search - Isabela ( Minus One Karoke )

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pelawat blog ini.. 

Disini saya kongsikan minus one karaoke lagu popular daripada kumpulan search iaitu Isabela. lagu ini dicipta oleh Datuk M. Nasir manakala Lirik dicipta oleh Bob Lokman. Lagu ini merupakan sebuah lagu yang cukup hebat dan orang kata berhantu dan menjadi siulan sejak 20 tahun lalu! Sukar dipercayai. 

Search - Fantasia Bulan Madu ( Minus One Karoke )

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat pelawat yang saya kasihi sekalian. 

Terima kasih atas lawatan anda ke blog ini. saya tahu anda semua tercari-cari koleksi minus one yang anda sukai. Saya tidak ada banyak tapi adalah sedikit hasil carian di internet. Untuk kali ini, saya akan kongsikan minus one daripada kumpulan search yang bertajuk "Fantasia Bulan Madu"

Shanty & Marcell - Hanya memuji ( Minus One Karoke )



Jason Myraz - I‘m Yours ( Minus One Karoke )



Diddy - Hilang ( Minus One Karoke)


Bunkface - Situasi ( Minus One )


Faizal Tahir (OIAM) - Coba ( Minus One )


Aris Ariwatan - Cinta Tak Kenal Siapa ( Minus One )